adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Thursday, November 11, 2010

Exam dan Lab

Put all our pride away
always find a gentle word to say.
You know we shouldn’t fool ourselves
Allah has given so much to you and me.

Put all our pride away,
always thank Allah when we pray.
You know we shouldn’t be full of ourselves
when we, should be full of humility.

- Dawud Wharnsby Ali, Full of Humility

Dua tiga hari ni, I'm not really myself.
Tekanan sebab lab yang makan masa dan tenaga,
di tengah-tengah exam seems ridiculous.
Haha and I thought I've lost myself already,
changed permanently.

Well, I'm not.
Semuanya sementara je rupanya.
Don't worry :)

Semalam,
Seawal 9 pagi aku and Acap dah ke Lab Mikrob Prof Gires.
Bertungkus lumus buat medium VMNI tu.
Prosedur dia banyak and agak leceh.
Membasuh, membancuh, autoclave, check pH etc.
Banyak prosedur yang amek masa and kena babysit.

Mujur Firdaus banyak tolong kitorang,
kalau tak agaknya tunggang langgang lab tu kitorang wat.
Itu pun masih kena marah dengan Kak Siti sebab banyak salah method.
Kak Siti garang, tapi baek sebenarnya :P

Sambil tu timbang sampel,
label and ikat satu2 dengan tali tangsi.
Geram. Sebab susah taw
nak ikat tali tangsi yang licin tu dekat seketul silinder~

Dalam pukul 5,
kitorang baru nak mula masukkan bakteria dalam medium.
Kak Siti dah marah2 sebab kena tunggu kitorang untuk tutup lab.

"Faster faster, saya ada kelas malam ni,
saya kena jemput anak saya balik sekolah dulu.
Lambat lagi ke?? Banyak lagi ke??"

Huhu

Dalam pukul 6 kelam kabut kitorang kemas lab,
Cuci radas, meja semua dengan antiseptik,
and letak medium kultur dalam incubator.
Pastu laju2 kitorang keluar dari lab.

Fuh since aku belum makan,
aku pun singgahlah foyer untuk solat Asar dulu,
then nak order nasi + daging paprik.
Dari pukul 6 lebih tu sampai pukul 7.30 malam aku tunggu,
sempat solat maghrib dulu semua,
baru sampai nasi aku huhuhu T.T

Mujur semalam bawak laptop.
Terima kasih pinjamkan laptop yang sangat portable tu!
Sangat sangat membantu.
Sempat la baca sikit2 notes Coral Reef masa kat lab :)

Sampai bilik,
lepas makan aku bukak nota.
Cuba untuk pulun.
Banyak lagi chapter tak cover.

Lepas Subuh,
masih banyak tak cover.
Sampai aku dah tak mampu nak go through betul2.
Aku pandang keywords je.
Mengharap boleh sambung2 je masa exam.

Chapter yang aku betul2 baca
cuma chapter Coral Reef Fishes.
Tiba2 terdetik satu perasaan,
mungkin paper ni bukan rezeki aku untuk jawab dengan elok.
Banyak betul halangannya..

Mesej mak, mintak doakan untuk paper ni.
Usaha mesti ada, walaupun mungkin agak terlambat aku mula.
huhu

Mula exam, aku dah mula tersengguk.
Jadi aku blackoutkan diri sat.
Bila aku bangun aku cuba jawab sungguh2.
Susah, banyak tak tahu sebab tak sempat baca.
Setiap satu soalan aku patah2 balik cuba jawab.
Cuba perah otak kot2 pernah tahu.

Bila masa dah habis, aku pasrah.
It's okay, I've tried my best at least kan?
Tapi takde perasaan pun dah habis exam.
Habis je exam pukul 10.30 pagi,
terus aku pergi Kafe FST makan jap,
and pergi lab dalam pukul 11 untuk sambung kerja.

Sambung timbang and ikat sampel.
Masa buat tiba2 rasa macam nak nangis.
Sebab energy dah macam running low gila.

Antara sedar tak sedar aku asek sebut "Huu cepatla abeh~"
Acap pun, sambil2 duk ikat sampel yang halus tu,
asek kumat kamit kata ngantuk,
sebab dia tak tidur semalaman study Coral.

Tiba-tiba,
Acap bukak cerita.
Lebih kurang gini;

"Tadi kan kita tak perasan tau soalan 7, 8, 9.
Nasib baik laa kita perasan last2 minit tu.
Dahla 30 markah. Nasib baik sangat taw~"

And guess who's the unlucky one. T.T

"Em, belakang tu tanya soalan apa eh?"
Trying to stay calm.

"Belakang tu tanya soalan pasal ikan.
Senang la sikit. Mula2 kita pun pelik, asal semua soalan susah ni,
bila tengok soalan belakang, nasib baik ada yang okei sikit."

"Oh."

Okei please habis cepat lab ni please.
Nak nangis sangat!
[Tapi tak nangis la kat lab tu]
Tinggal nak rendam sampel dalam kultur je ni,
Lepas rendam boleh balik dah..

Tiba2 Dr Fathul call,
kata nak datang lab tengok work kitorang.
Kejap tu dia datang.
Tiba2 dia kata, medium awak ni sikit sangat ni.
Kena tambah sampai penuh satu botol.
Nanti topup lah eh.

Astaghfirullahal'aziimm
Dugaan apakah ini??
Kena buat VMNI 2 atau 3 Liter lagi.
Buat 1 Liter pun amek seharian.
Huhu~

Tiba2 rasa dah mati kutu jap.

"Em habis tu sekarang ni nak rendam sampel dulu ke,
atau buat VMNI dulu? Kalau tak masuk sekarang,
esok buat SEM tak cukup 24 jam dah ni Dr."

"Oh awak rendam dulu lah. Nanti topup eh."

Pastu bila Dr Fathul dah pergi,
Acap call Firdaus,
Firdaus kata takpe rendam je dulu,
Isnin baru buat VMNI.
Huhu mujur bukan buat harini.

Cepat2 rendam2.
Pastu boleh balik~!

Oh harini ada gambar.
Ni tak ikut susunan.

Besi yang dah diikat dan dilabel.

Proses mengikat.
(Bukan tangan saya ya)

Timbang 25 sampel dengan ni kalau siapa tak tahu. hee

Ni yang dah masuk medium kultur bakteria SRB

Ni sama dengan atas. Sisi lain. :P
Okei.
Balik je bilik.
Lepas dah nangis jap,
aku call Najwa.
Rinduuu sangat kat dia.
Lama tak sembang dengan dia.
Bila call dia hati terus jadi lembut.
Terus tenang balik.

Alhamdulillah tak sedih tak nangis dah.
Dah senyum2 balik ^_________^

Sorilah kalau cerita ni tak best.
Saje tulis wat kenangan sendiri di hari tua.
Okeilah esok nak start lab SEM dah.
Kena study dulu.

Haha tensi belum berakhir.
Selepas setiap kesusahan PASTI ada kesenangan.
Itu janjiNya.
Sekian :P

Semoga semua baik-baik je.
Kalau ada terasa hati, kabo kan eh.
Kalau ada masalah meh sini, saya boleh dengar.
Kalau rindu, saya rindu jugak :)

Wassalam.

P/S: Kenapa dunia kita jauh berbeza??

No comments: