Fuh lama dah tergendala update blog.
Hari Ahad lepas,
Aku, e'in, Ika Sair, Wiwin dengan Ajie,
main masak2 dessert ^^
Aku ajak Ajie main masak2 ni dari lepas Raya haritu.
Tapi disebabkan aku terlalu bizi,
aku tangguh3~
So sekarang exam pun dah habis,
tinggal lab tesis je.
Pastu Ajie pulak nak habis LI dah,
so kitorang cubalah sempatkan.
Siang Ahad tu Ajie pergi Low Yatt dengan coursemate dia.
Aku pulak teman e'in wat lab tesis dia dekat lab kimia.
Habis lab, kitorang sembang3 sementara tunggu Ajie balik.
Bila Ika and Wiwin pun da sampai kitorang pun gerak ke bilik Ajie.
Huhu tapi Ajie gi amek anak2 dia, Momo dengan Lola pulak.
So kitorang start dulu without Ajie.
Aku buat Trifle!~♥♥
Lapisan kek, krim custard, buah-buahan, and jelly.
Boleh bayang tak?
[sebab haritu mak buat aku dapat baki2 je huhu]
[so macam, takpelah cah boleh buat sendiri~ Hahaha XP]
Hoho tapi sayang lupa nak tangkap gamba.
Lain kali lah letak resepi sini.
Letak gambar proses sekali :P
Thanx Ika, Wiwin and e'in sebab tolong! ^^
Gahaha kalut sangat buat.
[kalau tak kalut kat dapur memang bukan Tikah]
And thanx kepada semua yang suka!~♥♥
Bila kitorang dah siap masak2 and simpan dalam peti,
baru Ajie sampai bilik.
Pastu Ajie start buat Puding Custard dia.
Sambil Ajie buat kitorang dah start makan trifle tu.
Haha tak sabar sangat~ XP
Dalam pukul 1 gitu,
Ika dengan Wiwin nak jalan balik ke UO dah.
So aku dengan e'in tolong Ajie buat puding tu.
Puding yang mula2 tak jadi guhuhu~
Bila puding tu dah siap,
kitorang dah ngantuk sangat.
Ajie pun esoknya nak keje.
So kitorang tak teruskan buat kuah puding tu.
Siap2 tido je.
Pagi Isnin tu,
aku mula lab dari 9 pagi.
Sebelum Zuhur aku sempat balik bilik jap.
Basuh baju and kemas bilik sikit.
Pastu sambung pergi lab pukul 2.
Straight sampai pukul 7.30 malam!
Huhu sampai tidur2 aku buat lab.
Ada satu masa aku berdiri sebab ngantuk sangat.
Kononnya nak hilangkan ngantuk.
Sekali tiba2 macam nak tumbang.
Sempat pegang kosi Operator SEM tu.
[Aiiseh lupa nama beliaw ^^"]
Firdaus ingatkan aku nak pengsan.
"Kau kenapa Tikah? Kau OK tak?"
"Ngantuk~~ wuwuwu"
"Kau tertidur Tikah??"
"Yelah!"
Si Acap dah gelak2 kat belakang.
"Acap, lupakan!"
Huhu.
Sampai je bilik nak dekat pukul 8 tu,
mujur jenguk facebook.
Rupanya Ajie cari aku dari siang.
Malangnya bateri handphone aku dah kong dari awal lagi.
huhu
Terus lah ke bilik dia.
Teman dia.
Then macam2 jadi.
Ajie buat kuah Puding, nak bagi ke Amin.
Aku bagi Trifle ke Din.
Dan terima kasih tolong belikan dinner :)
Pastu sampai bilik,
makan2 jap, ngadap laptop jap,
pastu terus terlena tak sedar pape sebab penat sangat.
makan2 jap, ngadap laptop jap,
pastu terus terlena tak sedar pape sebab penat sangat.
Pagi Selasa (semalam),
aku tolong angkat printer and barang2 dapur Ajie ke bilik aku.
Pastu aku lelap balik jap.
Bila bangun aku rasa penat sangat.
Sebab penat semalam tak rehat pun.
Jadi, aku tidur balik sampai tengahari.
Sampai mak call, tanya kenapa tak sampai lagi.
So terus, packing2 and siap2 gi komuter.
Dalam pukul 6 lebih aku dah sampai rumah.
Alhamdulillah~ ^______________________^
::Jom kita jejak keluarga Ibrahim::
Semoga kita semua dapat hayati makna sebenar Raya ni.
No comments:
Post a Comment