adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Wednesday, November 3, 2010

ada apa kat stesen komuter UKM?

assalamualaikum.

hyuU~

sekian lama menahan diri dari update blog,
harini rasa gataaal sangat nak update.

tadi dalam pukul 12 dah lapar,
so macam berkira-kira
nak gi kafe ke tak,
ke nak bancuh susu je makan ngan biskut,
ke tunggu je petang sikit sebab ein ajak pergi KTM.

eh ada apa kat KTM pulak?
nak meronggeng ke mana??
haha itu nanti baru cerita okei XP

dah dahaga baru teringat nak beli air.
mak dah tak bagi masak air paip.
sebab haritu dah sental kettle, basuh, gilap sume dah.
satgi bila try lap dengan tisu,
MAK AIH masih ada kesan kuning.
dahsyat tak dahsyat?

mak kata daripada nak jimat sangat
sampai minum air yang tak bersih
and dapat penyakit,
baik keluar lebih sikit duit beli air minum yang bersih,
halal dan toyyiba~

baek mak!!~ ^______^

yeah2 maka ke pusan lah aku,
walaupun kat kafe pun jual air mineral,
tapi kat U-mart air yang 1.5 L tu leh dapat RM1 sebotol.
jimat banyak tau sebab kafe jual RM2 sebotol.
see, dapat gak jimat apa. HAHA.

lepastu lapar sangat.
singgah je la bakeri kat bawah tu.
ternampak lasagna dia.
huhu sedapnya~
lasagna dia besar.
harga RM7.
biasanya kongsi dengan e'in.
so sorang RM3.50.
kenyang pun kenyang.
tapi tadi e'in tade.
so beli roti kari je wat isi perut.

tiba2 e'in call ajak bayar yuran,
pastu leh terus gi KTM.
tapi si-kembar-birthday-&-supervisor aku pulak mesej,
mintak tolong tunjukkan cane nak guna mesin grinding.
so aku gi lah lab kejap.
then bila dah setel,
aku tunggu e'in kat TSS je sementara dia gi bayar yuran.

dalam pukul 4 kitorang tunggu bas 6Z.
kejap tu bas dah sampai.
yey maka sampailah kat KTM!!

haha e'in mengidam taufu fa sebenarnya.
carik dekat situ sebab tahu kat situ banyak gerai.
sampai2, gerai taufu fa tak bukak.
alaaa~

tapi mak aih,
macam dah makin banyak lak gerai kat situ.
dah macam mini pasar malam.
cuma tak sesak-mesak dengan manusia je.

tiba2 kitorang nampak gerai jagung.
wah jagung bakar!!
masing2 beli satu ^^

pastu nampak gerai sebelah cam ada taufu fa.
dah dekat rupa-rupanya bubur nasi.
alaa~

pastu nampak gerai hujung ada air kelapa.
uhuk tekak pun dah kering,
so aku pergilah situ beli air kelapa.
gerai ni jual gak goreng-gorengan,
ada kopok lekor keping,
pisang goreng,
char kuey,
apetah lagi,
tapi takde kopok lekor yang gebu2 rangup tu.

baru nak hampa...
tiba2,
eh eh dia tengah goreng kopok lekor tu!
aku pun tunjuk kat e'in, kata nak beli.
tiba2 e'in pun excited.
rupa2nya dia pun cari kopok lekor tu.
haha selera sama gak rupanya XP

dah beli-belah,
kitorang gi kedai runcit dekat2 situ.
beli telur, dengan minyak masak.
aku beli tepung gandum.
kot-kot la nak makan cucur ke kan.
haha tapi takde bahan lain pun lagi :P

rasa cam nak beli kentang,
ikan bilis ke,
cili ke..
heheh
tapi tahu takkan masak time2 nak exam ni.
so, nantilah lepas exam kte beli belah lagi kat KTM eh.

senang beli belah kat sini.
kalau rasa2 nak makan bukan2,
tapi pasar tak bukak,
or takde transport,
gi je KTM ni naek bas 6Z yang free tu.

gerai kuih2 goreng ada.
gerai air-air ada.
gerai jambu ada.
gerai jagung ada.
gerai KFC ada.
gerai nasi lemak & bubur2 ada.
gerai "ripe kasut" pon ada.
HAHA ripe=repair X)

cuma benda2 cam
nasi kerabu
chicken wing
murtabak
sume tu takdelah.
ngeh.

pastu kalau nak barang basah, barang kering,
kedai runcit ada.
harga okei :)

takyah gi sampai ke pelusuk kajang tu.
buat letih badan, bazir duit jah gi jauh2.
kan kan kan.

haha sila contohi kami :P

okeilah.
penat dah.

jaga diri,
jaga iman.
sila habiskan baki2 exam dengan selamat.

wassalam :)


P.S: Kawan2, saya memang tak akan bukak FB selagi tak abeh exam tau.
Sebab password masih belum diketahui. Hehee
So, apa2 status, komen, or sharing2 dekat FB saya tak tahu.
Harap maklum.

No comments: