Semalam merupakan hari yang sangat panjang sebab terlalu banyak perkara yang tak dijangka jadi.
Grinding
Akhirnya tercapai gak untuk start kerja bertukang ni. Jadual yang terlalu pack menjadi penghalang segala aktiviti. Well, grinding (sebut betul2, grai-n-ding. Jangan jadi macam saya salah sebut :P) ni adalah suatu proses melicinkan permukaan besi menggunakan kertas pasir dan serbuk berlian. Saya perlu buat ini untuk tesis saya. Saya ada 25 sample, dan semalam baru buat satu. Itu pun saya amek masa 2 jam setengah untuk siapkan. Mungkin selepas ini akan lebih cekap. Ameen~ Ini mungkin saya akan detailkan di lain masa.
Perkara tak dijangka 1: Satu sample amek masa yang sangat lama. 25 x 2 jam= 50 jam. @___@ takpe Firdaus kata kalau dah pandai, tak amek masa lama macam tu. Lepas ni MESTI saya dah pandai.
Ke Kajang
Saya buat satu sample je sebabnya kejar masa nak buat kad bank. MESTI nak buat harini jugak. Sebab sebolehnya taknak pinjam duit sape2 walaupun dah terpinjam Mun RM5. So lepas Zuhur keluar tunggu RapidKL untuk ke Kajang. Well, actually Bangi pun ada Bank Islam and lagi dekat. Tapi disebabkan pergi Bangi kena naik taxi dan pergi Kajang boleh naik RapidKL (RM1 je), cost-wise saya pilih ke Kajang.
Masa tunggu bas hati rasa tak sedap. Dalam bas tak sengaja termenung fikir macam2. Rumit betul fikiran saya ni kadang2. Masa saya turun bas saya terserempak dengan Ching Man (Mafia). Dia nak balik rumah.
"Uit atikah, awak mau pergi mana?"
"Nak pergi buat kad bank."
"Oh bank apa?"
"Bank Islam."
"Oh itu hari Joon Hao ada bawa saya pergi dekat Bangi punya."
"Oh yelah Bangi pun ada. Tapi I nak buat dekat Kajang"
Dan masa tu jugak saya tersentak. Sebabnya saya bukan turun dekat Kajang TAPI dekat KTM!! *tepuk dahi* Malu dengan Ching Man jugak wuwuwu. Cane ni cane ni bas dah pergi.. Dah pukul 3 lebih ni sempat ke nak tunggu next bas?? Time saya dah kalut2 tu, tiba2 satu taxi lalu. Saya pandang dia macam nak naik. Pastu saya bukak wallet tengok cukup duit tak.
"Pakcik, kalau pergi Kajang tambang berapa eh?"
"Saya tak tahu la, saya pakai meter."
"Ala, lebih tak RM10?"
"Awak nak pergi mana sebenarnya?"
"Bank Islam."
"Laaa itu Bangi pun ada. Lagi dekat. Tak sampai RM10 pun. Awak tak tahu ke?"
"Tah, saya jarang naik taxi. Tak tahu mana lagi murah tambangnya he.."
"Saya bawak awak ke Bangi je lah ye."
"Oh hehe boleh la ke Bangi. Tapi saya takut tak cukup duit sebab nanti balik kena naik taxi lagi"
"Nanti kalau awak tak dapat taxi awak call sayalah. Ni saya bagi kad saya. Bila2 awak nak pakai taxi, awak boleh call saya."
Perkara tak dijangka 2: Salah turun bas. Daripada nak jimat, lagi bazir kena naek taxi pulak. Tapi terubat hati jumpa dengan pakcik taxi yang baek hati gitu. Berkat hari Jumaat :) Dan dah tertulis duit kat tangan saya tu rezeki pakcik taxi kan.. :)
Bank Islam
Sampai je Bank Islam, saya pun tanya macam mana kalau pakai IC sementara, and macam mana dengan tandatangan penjamin and saksi, since saya datang seorang diri. Abang tu dengan baik hatinya kata, "Takpe meh saya uruskan untuk awak." Terus dia tinggalkan kaunter, fotostatkan IC sementara, resit IC and report saya. Lepastu dia kalut carikan tandatangan semua. HOHO. Lepas setel semua, dia siap tekankan butang amek nombor lagi. MAK AIH baek betul. Terima kasih!! :)
Masa tengah tunggu giliran, saya bukak wallet nak amek apetah, tiba2 ternampak kertas appointment dentist. ALAMAK appointment dentist pagi tadi, tak pergi!! Rugi betul huhu. Then, bila nombor kena panggil, pergilah ke kaunter. Akak tu tengok saya pakai IC sementara, dia pun tanya ada lesen memandu tak sebab dia gambar yang berwarna. Saya katalah takde. Pastu dia tanya ada Kad Pelajar tak, saya kata ada. Masa nak keluarkan Kad Matrik, tiba2 ternampak lesen memandu saya. Saya PUN pelik dengan diri sendiri kenapa saya cakap takde. Ting-tong sangat!! -_____-"
Lepastu akak tu kata disebabkan saya buat akaun dekat cawangan Shah Alam, so saya patut ada surat dari Shah Alam untuk buat kat cawangan Bangi. Bila dia tengok muka saya macam kecewa, dia pun kata gini,
"Em takpelah, awak tinggalkan semua ni kat saya, nanti saya uruskan. Isnin petang nanti insyaAllah siap. Awak datang lah Isnin nanti ye."
"OH boleh3. Terima kasih! ^^"
Perkara tak dijangka 3: Saya sangka boleh terus dapat kad bank dan terus boleh tarik nafas lega, takyah carik masa lagi untuk keluar gi bank. Rupanya tidak. Tapi bersyukur jumpa dengan orang2 yang baik hati :)
Train rosak dekat MidValley
Keluar dari bank tu dalam pukul 3 nak dekat pukul 4. Saya terus carik taxi. Nampak ada satu taxi park kat depan bank, so saya cariklah drivernya. Saya nampak ada sorang pakcik ni, pakai jaket coklat and uniform putih kat dalam. So saya pun tanya,
"Orang taxi ke?"
"HAHAHAHA dia ni ha pemandu taxi XD"
(sambil tunjuk kawan dia yang pakai baju sama)
"EH salah eh. huhu sori2."
"Takpe kami dah biasa dah kena macam ni X)"
Pastu kebetulan ada taxi lalu, saya terus tahan. Saya kata nak ke UKM. Pastu pemandu tu tanya balik, KTM ke? Saya pun terfikir, eh a'ah kan.. daripada saya balik UKM, baik saya terus balik rumah kan. Saya terus angguk kata nak ke KTM. Yey balik~ ^^ Dalam pukul 4.05 gitu tren sampai. Alhamdulillah.
Tapi tiba2 sampai stesen MidValley, tren mati. Pintu tak bukak, lampu tak buka, aircond pun tak bukak. Panas and oksigen makin kurang. Orang dah laa ramai, macam2 bau ada. Semua orang dah mula mendengus-dengus, tak pasti sebab marah atau tak cukup oksigen. Haih lama jugaklah terperangkap dalam tu. Dalam pukul 5 pekerja KTM datang bukak secara manual dan arahkan SEMUA ORANG KELUAR and tunggu next tren.
Hish nak rosak pun janganlah pilih dekat MidV HUHU. Menunggu tren di stesen MidV pada waktu petang adalah suatu azab dunia tahu tak?? Saya tengok jam pukul 5.05 and tren dijangka tiba pukul 6.18. So saya decide untuk naik MidV and solat dulu. Saya mesej Mun, sebab dia kata nak pergi MidV haritu. Kot2 dia ada lagi kat situ ke. Tiba2 Mun mesej macam ni,
"Tikah pergi MidV ke?"
"taklah, kita nak balik rumah tapi blablabla... (aku ceritalah kejadian tren rosak tu)"
"Kenapa tikah balik?"
"Kita memang nak balik jap, tapi Ahad pagi kita balik UKM balik lah untuk kenduri tu."
"Tikah tahu tak malam ni ada discussion?"
Astaghfirullah~ lupa!! HUHU Sebabnya saya dah set mind lama dah minggu ni nak balik rumah. Then Mun cakap ada discussion, saya pun fikir balik hari Sabtu lah gitu. Then tiba2 Ahad pulak orang ajak kenduri. So dah macam cacamarba dah mind-setting saya. Last2 saya ingat yang first je, sebab mind-set yang tu yang paling kuat sekali. HAIH
"Alamak cane leh lupa ni. Sori.. Takpelah kita patah balik la."
"Takpe ke?"
"Takpela. Nak salahkan siapa diri sendiri pelupa.."
(Tacing betul ayat time tu kan..)
Saya pun jalan ke surau, sambil cuba senyum je hadapi semua ni. Sampai je surau MidV, saya pun carik port untuk letak beg. Saya pilih corner depan. Duduk, dan bersandar kat dinding jap melepaskan penat lama berdiri dalam tren. Fyuhh~ Cuba senyum lagi. Tiba2 tanpa sedar, menitis jugak airmata saya. Saya sendiri tak pasti sebab penat sangat ke, atau sebab kecewa dengan diri sendiri yang ting-tong sepanjang hari. Mungkin dua2. Dan tiba2 saya jadi lemah. Dalam kepala saya fikir macam2 yang negatif.. "Ada masa aku pun akan tanya kenapa kenapa kenapa. Adakala aku pun perlukan suara2 yang memujuk aku dengan ayat-ayat Allah. Kadang2 aku pun perlukan teman. Kadang2 aku pun perlukan bahu untuk menangis. Kadang2..." :'\
Aku istighfar banyak2. Muhasabah diri balik. Aku sedar Allah uji aku sebab DIA sayang aku. DIA uji aku berulang-ulang, berkali-kali. Aku sedar, di setiap kali aku bangun tidur dengan niat untuk belajar berdikari, DIA bagi aku ujian bertimpa-timpa untuk aku hadapi, supaya aku jadi lebih matang dan kuat. Setiap kali aku bisikkan pada hati aku, "aku boleh hidup sendiri", DIA timpakan aku dengan kejadian2 yang memerlukan aku untuk minta bantuan orang. Di setiap ujian yang dia bagi, aku tahu aku takkan rugi jika aku bersabar lama sikit.
Lepas solat Asar, hati aku sejuk balik. Tenang balik. Alhamdulillah. Di hujung doa, aku selitkan supaya perjalanan aku lepas ni dipermudahkan dan lancar je. Aku dah boleh suruh diri aku senyum balik. Dan aku dah mampu sedekahkan senyuman dekat orang, sebab aku tahu nanti aku akan dapat balik senyuman. And kadang2 senyuman from a stranger boleh buat hati jadi senang. Don't you think? (BUKAN SENYUMAN TEST MARKET DIRI OKEI!! HMPPH) Then aku fikir, takpelah tak balik minggu ni. Ramai lagi orang yang lagi lama tak balik. On the way ke stesen tu, Mun call,
"Salam, tikah dah siap solat?"
"Dah, nape?"
"Kat MidV lagi ke?"
"A'ah tapi otw nak ke KTM balik dah. Nape?"
"Ah takde, macam ni... Tikah balik je la rumah. Wa ngan Ika pun tak kisah. Nanti kitorang bagitahu je la keje tikah.."
"Ha.. nape? Takpelah kita patah balik jela."
"Takpelah Tikah dah halfway dah pun. Lagipon Tikah kan dah lama tak balik.."
Bila aku dengar je ayat Mun yang last tu, terus mencurah air mata aku. HUHU sambil naik escalator ye. HAIH sememeh betul la sikit2 nangis ni. (Hey biarlah aku tak mintak orang pujuk pun~). Btw, TERIMA KASIH KORANG!! SORI KITA MACAM NI.. huhu T.T Jadi aku pun teruskan je amek tren ke Shah Alam.
Alhamdulillah termakbul doa aku tadi, turun je stesen terus ada tren. Bila transit tren kat KLSentral pun, terus ada tren. Takyah tunggu. Memang lancar lah. Syukur~ Aku sampai Shah Alam dalam pukul 7. And Shikin amek aku lepas azan Maghrib. Sampai rumah terus salam and cium mak. Then salam ayah. HUHU Sampai jugak rumahku syurgaku.
Perkara tak terjangka 4: Tren rosak. Lupa dicussion. Then dah ingat tak dapat balik rumah dah minggu ni, tapi akhirnya dapat jugak. Macam tak percaya je dah sampai rumah. Semualah tak jangka.
Maryam call
Malam tu ayah bawak makan luar. Then sampai rumah tiba2 Myam call. Yey lama dah tak monkey2. Masing2 bizi sangat. Pastu aku ceritalah kat Myam pasal kes buli haritu. HUHU kaw2 aku kena marah dengan Myam. Haritu dah kena marah ngan e'in. Bila la aku nak betul2 pandai jaga diri. Kontrol macho je lebih. And then Myam pesan, supaya jangan percaya sangat dengan airmata orang yang suka mintak simpati dan selfish. Sebab orang macam tu suka amek kesempatan atas simpati orang lain je. Dia tak kesah pun pasal orang lain. Huhu baek~
Terima kasih Myam for your concern and care. Terima kasih tak jemu2 marah and tegur kte.. ke awak dah jemu? huhuhu
Penutup
So sampai takat ni jelah dulu cerpen saya pasal perkara2 tak terjangka yang berlaku semalam ni. Dah boleh letak tajuk The Unexpected. Tak pun Series of Unfortunate Events ke. Gittew~ Melampau betul. HAHA tapi memang hari yang main emosi betul. Rasa emosi ni macam tengah naek roller-coaster pulak. :P
Beberapa kata2 hikmah yang saya nak kongsikan (yang mungkin ada kaitan dengan cerita ni) adalah:
- Allah did not promise you that the way would be easy. But HE did promise that HE will be with you every single step of your life. Don't give up! for Allah is always with you.
- Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too.
- Sometimes you need time to learn, you need time to make mistakes, and you need time to learn from mistakes.
Sekian,
Jaga diri, Jaga Iman
Allah is watching you all the time.
:)
P.S: Baru sedar kejap "aku" kejap "saya".. *sigh*
2 comments:
salam tikah..
awat kalut nih...tenang2 je k..
anyway,
Allah x turunkan ujian pada yg x mampu...:)
sabar jela k..:)
wasalam..
Thanx ika sebab selalu baik dgn kte and selalu sabar dgn kte.. :)
Post a Comment