adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Tuesday, September 7, 2010

sucikah cinta?

assalamualaikum.

bunyi macam hebat je kan tajuk tu~

tadi baru baca entry terbaru Hilal Asyraf.
dan setiap kali baca entri dia,
TAK boleh kalau nak tak setuju dengan kata2 dia.
kadang2 tepat pada waktunya, entri dia datang memujuk.
tepat di saat aku lupa, entri dia datang mengingatkan.
bila aku mahu menjelaskan, kata2 dia datang dalam bentuk yang lebih tepat.
macam tak percaya umur dia sebaya.
special thanx to elly sebab kenalkan :)

ni entry yang aku baca jap tadi,
Perkongsian: Tiada cinta sebelum nikah?
meh2 tekan.. and bacalah ye :)

Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.
---------------------------------------------------------------

oh, cinta korang suci?

Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.

aku selalu fikir,
semua orang nak mengaku cinta dia SUCI.
ada ke yang nak kata cinta dia tak suci?

TAPI suci lagi ke cinta tu bila dah dicemar dengan MAKSIAT?
suci lagi ke CINTA tu bila yang Allah kata JANGAN masih dilanggar?

jangan jangan jangan
BERDUA-duaan
HAMPIRI zina.
melakukan MAKSIAT.

kemudian dengan MUDAH2
mengharapkan keredhaan Allah pada hubungan itu??
mengharapkan hubungan kekal ke syurga??

Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.
Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.
:(

Allah sediakan banyak jalan,
tinggal kita untuk pilih jalan yang diredhaiNya.
dengan kita REDHA dahulu garis2 yang Allah dah tetapkan.

ya, sempurna itu bukan kita.
hebat juga bukan kita.
tapi usaha perlu ada.

berimanlah dengan janji2 Allah.



wallahu'alam.

p/s: tulisan biru adalah kata2 Hilal Asyraf.

No comments: