adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Friday, September 17, 2010

Hey gatal la saya~

Always try to look on the BRIGHT SIDE
of EVERYTHING.

Don't just THINK.
LOOK for it.
LOOK on it.
TAKE it.
EXPERIENCE it.

Don't narrow down your PERSPECTIVE.

There are A LOT to be THANKFUL for.
There are SO MANY reasons to SMILE.

Everything happens for A REASON.

What You give is what You get.
To give is to get.

...

Eh2 apa kena mengena ayat2 kat atas ni dengan tajuk?

HAHA. saje.


   Bilik aku ni, dah kena invade dengan Team Semut Hitam pulak. Sebelum ni Team Semut Merah dan Kumbang2 Hitam je. haish~ Semut merah tu takpe. Tak gigit orang. Cuma dia hurung makanan. Cawan kosong pun dia hurung. Air dalam kettle pun dia sebok je nak buat jadi swimming pool dia. haish2~

   Tapi semut hitam ni.. aduh~ Dah la hitam. Susah nak nampak kalau ada dekat lantai atau tempat gelap. Sebab lantai aku beralaskan pollock tikar getah warna BIRU GELAP. Lepastu semut hitam ni besar. Rimas pulak bila ramai2. Pastu kalut. Jalan nak laju2 je sepanjang masa. Pening tengok dia lalu lalang. Dah la KATIL pun dia naik! Orang pun dia naik jugak? Gatal tahu GATAL~~ HUHU -___-"

   Disebabkan Encik Ridsect dah menghilangkan diri tak tahu macam mana dan kenapa (aku taktau kenapa barang aku suka hilang secara suspicious), maka aku telah men-adopt Racun Cicak untuk membunuh mereka. Semut merah pandai. Dia tak makan racun tu. Dia lalu tepi2 je. Tapi last2 pening2 jugak. Lepastu pengsan dan mati. Yang semut hitam ni, ada ke pergi hurung racun tu macam hurung makanan. Lepastu semua mati ramai2 sambil tersembam muka masing2 kat situ. Ha tu la orang kata, jangan gelojoh. Tengok apa padahnya. he.

So nak tahu sisi terang (bright side) bilik aku diserang askar-askar semut ni?

   Aku akan menyapu bilik dengan lebih kerap. Automatik akan mengemas dengan lebih kerap. Dan bila aktiviti mengemas dijalankan dengan kerap, badan akan sentiasa bergerak. Maka di-double-kan sebagai exercise juga ye kawan2. Bilik juga akan sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. Yeay tepuk tangan HAHA yelah tu~

   Okei apetah aku membebel. Yelah, mana tahu dapat hibur siapa2. Kalau bukan anda, dia.. Bukan dia, Sipolan. Kan?


Postscript:

   Lately saya rasa saya asyik update life saya sebab saya harap orang lain pun update life mereka. Sebab saya percaya bila kita memberi, kita akan dapat berganda2. Jadi secara psikologinya, bila saya update pasal diri saya... Saya menyimpan harapan kawan2 saya akan updatekan diri mereka banyak2. Kalau pun bukan untuk saya, buatlah atas niat lain2. Tapi biar saya tahu khabar anda semua.

   Saya cuma mengharap. Tak menyuruh mahupun memaksa.

   Selain itu, saya harap ada orang dapat rasa happy bila tahu I'm doing good with my life right now. Juga mendoakan saya bila2 nampak saya down. Macam mana yang saya rasa dan buat untuk kawan2 saya. TAPI kalau ada yang tidak senang bila tengok saya happy2, meh btaw sini. Dan saya akan cuba tutup diri saya dari anda :)

No comments: