INI ADALAH ENTRY PANJANG YANG JULUNG2 KALINYA.
WARNING: BAHASA ROJAK YANG MELAMPAU!
hari ni ada satu perasaan nak update blog ni, cerita pasal diri sendiri dan apa yang aku buat and fikir kebelakangan ni. dulu, kalau aku rindu kawan2 aku akan baca blog dorang. nak tahu, hidup dorang happy ke sekarang.. ke ada pape buruk jadi ke kat dorang. bila tengok semuanya okei, aku pun tumpanglah bahagia :) kalau ada pape buruk jadi, aku pun risaulah and tanyalah khabar ke, doakan ke.. [huhu tapi tulah, ramai kawan dah tak update blog sekarang! isk isk sampai hati sob sob]. haaa sebab tulah harini aku rasa nak update, kot2 ada yang rindu ke. haish, kalau ada lah. hee
so, what i've been up to lately?
jadi apakah yang telah aku lakukan kebelakangan ini?
(yoyo'o je translate entah betul entah tidak :P)
ada beberapa orang yang sayang aku (eceh ayat nak poyo ja~) selalu je tanya, tikah tu sokmo je busy busy tu, busy dengan apa je sebenarnya?? sampai jarang balik rumah. kawan2 ajak keluar meronggeng2 pon ada je halangan tak dapat pergi. busy buat itulah, inilah, bla bla bla lah.
uhuhu aku pon tak tahu macam mana nak jawab. bila aku buat to-do-list aku, aku tengok, nak kata banyak sangat kerja tu takdelah pon. well, banyaklah jugak sebenarnya, tapi STILL, macam nak dekat sama je dengan kawan2 aku yang lain~ malah ada je yang lagi banyak dan berkali2 lagi busy dari aku tapi masih boleh je spend time untuk orang2 tersayang. [ouch] tapi kerja aku pulak macam sokmo je tak siap2. how?
HAHAH baeklah saya mengaku, saya yang perangai suka menangguh kerja. [dah lama tak kena rotan ni!] PLUS, my working pace is DEFINITELY slower than others i am confident about this. and one of the reason is, i suspect, i have Attention Deficit Hyperactivity Disorder sebab aku sangat easily-distracted. hahah boleh tak? sebab bila aku baca symptom2 disorder ni kat website, aku macam oh! apa nih website ni ngumpat pasal aku ke? [yela yela aku ngaku aku memang suka cari alasan atas kelembapan diri sendiri~ -__-"]
PRESENTATION PROPOSAL TESIS
haritu baru je lepas bertungkus lumus yang TAK selumus orang lain, untuk siapkan slide pembentangan proposal tesis aku. FUH~ dah lepas pon presentation rabu lepas. dan disebabkan buat kerja dengan berbekalkan semangat yang separa sahaja (separa lagi tak tahu letak mana), maka telah membuat kerja pada minit2 terakhir, jadi telah tidak tidur pada malam sebelum present! (teruk o die ni~) mujur malam tu ada dayah and ein teman untuk bertahan sehingga subuh. tapi lepas subuh masing2 dah balik bilik. jadi tinggal aku sendirian, baru nak buat handnotes untuk presentation tu. tapi time pukul 8 tu aku dah start tersengguk-sengguk. oh man~ sabil menulis sambil tersengguk. satgi bila aku cuba bukak mata sepet aku luas2, aku tengah tulis perkataan 'bini'..
eh!~~ mengapakah ada perkataan bini???? jadi aku baca balik apa yang aku dah tulis.
medium ini telah dipatenkan oleh Zinkevich dan adalah khusus untuk pertumbuhan tetamu.
kemudian kultur strain diserang oleh bini
astaghfirullah! apakah?? drama apa pulak aku buat pagi2 ni!! hahah gila!
jadi aku pon arghhh potong2 dan tulis balik,
medium ini telah dipatenkan oleh Zinkevich dan adalah khusus untuk pertumbuhan
kemudian
oh tak boleh tak boleh aku dah tak mampu tulis dah ni. aku perlu tidur kejap nih. tengok jam, pukul 8.10 pg. oh my, aku kena ada kat situ pukul 9! tapi kena tidur, jadi aku pun letak kepala dan lelapkan diri sampai 8.30. GIGIH!! pastu terus siap3 dan sepantas tikah (bukan sepantas kilat atau cheetah atau apa2 makhluk lain yang pantas ye) lari ke bilik mesyuarat FST. [buruk perangai kan!!?]
bla bla bla long story short, sampai lah aku kena present. kol 10.45. dengan mata yang merah aku pun mulakan dengan bagi kata alu-aluan. "kuatkan sikit suara. awak perlukan mic ke?" oh pucuk dicita ulam mendatang. masa aku present otak aku makin lagging. aku tak boleh nak make up ayat yang elok dan tersusun. daripada berdiri tegak, aku jadi bercakap sambil berpeluk tubuh (bukan peribahasa ye). aduh~ dan masa soalan dibuka, aku dah macam pasrah je. jawab pun hemtam keromo je lah. MAK AYAH AMPUNKAN ANAKMU INI!! T_________T
lepas je aku present aku terus dengan muka tak malu menidurkan diri di khalayak (sebab aku duduk depan sekali). dan meneruskan mengangguk-angguk tanda penuh khusyuk semasa rakan2 yang lain present, sampailah selesai presentation sesi petang. huhuhu tak saya tak bangga. balik je bilik petang tu, aku terus tidur sampai pukul 6.45 dan aku baru sedar aku tak beli buka lagi. maka kurma lah santapan hari itu, tanpa air sebab lupa masak air. sangat padan muka kan. tapi tetap bersyukur masih lagi ada makanan yang decent untuk ditelan. alhamdulillah~
LAB POLLUTION
lab pollution pulak. aku dengan mun baru nak start. tulah siapa suruh tangguh2. nak siapkan assignment dululaa, nak settlekan proposal dulu laa.. tapi betul gak. serabut la buat awal2 pun. lab dah la kecik cenonet. radas pun kena tunggu. macam malas pulak berebut ecewwah. hahah padan muka korang semua siapkan awal2 last2 kena gak tunggu kitorang sebelum proceed to next step. huhu takdelah. AMPUN. takde niat nak delay siapa2. uhuhu lepas je present proposal esoknya terus start lab dengan mun. semalam aku dengan mun dah sampai step yang kena pakai sieve goyang tu.
kenapa panggil sieve goyang? haha aku yang main panggil je mende tu sieve goyang. tak tahu apa nama sebenar. sebab dia macam, ada 4 sieve yang berbeza mesh size dipasang bertingkat, lepastu letak kat mesin tu, pastu nanti mesin tu goyang3. teringat pulak masa aku gi teman myam beli baju kurung dekat bangi haritu, aku ternampak ada satu kurung sulam ni, disebakan aku memang minat sulam2 ni, aku macam terexcited lak bila nampak baju tu
aku: "EH CANTEKNYA BAJU NI!"
akak kedai: "HAA MEMANG CANTEK PON DEK! ni namanya sulam goyang."
aku: "eek, nape nama dia sulam goyang?"
akak kedai: "sebab masa nak buat sulam ni, bla bla bla bla (??)"
aku: "ohH~~"
[padahal aku tak faham pon cerita dia,
and tak dapat tangkap pun tang mana yang buat nama dia jadi goyang hoho]
haa so berbalik pada sieve goyang, disebabkan sieve goyang tu tak boleh pakai, dan abang asnor yang tahu pasal mesin tu pulak dah balik rumah, kitorang pun gigih la goyangkan secara manual. hahaha dah tak yah nak bayang kitorang pulak yang goyang. tak goyang pun, pakai sudu dengan berus gigi je untuk turunkan sedimen dari sieve tu. heheh method favourite aku bila sieve tepung time nak buat kek kat rumah (tapi minus the berus gigi laa). mun pun baru belajar dari aku. ecehh ayat nak bangga macam dah turunkan ilmu apa je kat mun~ XP
masa tengah buat lab ni semalam, myam call.. tanya balik ke tak weekend ni. uhuk3 maafkan saya kawan2. tak dapat balik berbuka dengan korang. UNLESS, korang datanglah sini buka dengan kita.. pliz3. (ah demand lah kau tikah ^^") hyuu...
BERBUKA DENGAN COURSEMATE
baru sieve untuk 2 daripada 6 replikat, dalam pukul 5.30 petang, salwa call mun ajak buka kat luar. mun pun dengan riang gembira terus "yeh? nak2....mestilah bawak sekali.. okei2" letak je hp terus "ha tikah nanti kita buka kat luar eh." aku pun macam, eh suka hati je tak tanya dulu pun terus assume aku nak ikut.. hahah tapi semalam memang tiba2 hati macam terbuka je nak ikut. macam, tak pernah kot buka dengan coursemate. so 5.40 macam tu siap2 solat semua pastu salwa amek dekat depan fac. mula2 ingatkan ada salwa ika ana aida, gitu2 je. rupanya ramai lagi yang ada.
yang ikut semalam ada 3 kereta. kereta anep ada ipin, gaban and mun. kereta wa, ada aida, aku, ein. kereta ucop ada ana, ika and farrah. wiwin tak ikut sebab dia keluar dengan acap. auji dah balik rumah. laila and naim tak sehat. and yang lain tak tahu apa kesahnya. huhu
mula2 pergi sungai ramal. bazar kat situ macam tak ada pape sangat. gerai2 makan kat situ pulak tak bukak, kecuali kedai satay willie ke apetah namanya. so kitorang decide untuk buka dengan satay sikit dulu, then solat maghrib, and baru pergi somewhere else untuk makan betul2. maka, berbukalah dengan sate. sedap gak sate kat situ (hahah pernah pulak aku rasa ada sate yang tak sedap kan :P) lepas solat, bincang2 nak gi mana, last2 dorang decide untuk ke TASEK IDAMAN. macam tak sangka, sampai jugak akhirnya aku ke tasek idaman tu. kn? huhu
lepas makan, sembang2 lagi and gelak2. aduhai~ lucu betul lah coursemate2 aku ni. penat gila aku gelak2 melagha semalam dengan dorang. astaghfirullah~ taulah aku kan, memang kuat gelak. huhu. aida kata kat aku, memang macam nilah kalau keluar dengan dorang2. ehe yeh? yela aku kan selalu je tak mau ikut. salwa pun sampai boleh kata macam ni semalam, "upload gambar kat fb nanti dah boleh letak nama ein & tikah. sebab macam susah gila kot dorang nak ikut kitorang". hahaha terharu pulak aku n ein dengar. ahax XP
lepas makan dan puas sembang2, dorang plan nak jalan2 lagi. pikir memang macam best je kan, lagi2 dah final year ni, bila lagi kan nak spend time dengan coursemate gini. tapi aku, keluar malam2 ni, lepak2, serius aku tak minat sangat. makan aku minat la. hehe. so since, parents ein pun nak amek die dalam pukul 11, aku pun follow lah sekali balik kolej. sampai bilik dalam 10.35 gitu. kot. and dorang yang lain proceed keluar pergi, erm, putrajaya kot. tangkap2 gamba. FUH! since malam masih muda, hasrat hati nak tarawikh sendiri. tapi tertidur pulak sampai pukul 2. aihh~ burn lah tarawikh ku hari ini. uhuk3.. jangan contohi aku.
anyway, TERIMA KASIH kawan2 coursemateku, untuk semalam!
KETIKA CINTA BERTASBIH SIRI (SPESIAL RAMADHAN)
haa ni pun salah satu benda yang aku sempat2kan tengok di waktu otak tepu. aku dapat ni dari ajie, dan ajie dapat dari din. anyhow, thank you for sharing!! suka pulak aku tengok cerita ni. movie dia aku rasa macam biasa2, tapi bila tengok siri macam best pulak. hahah mostly banyak cerita pasal dugaan dalam rumah tangga. tapi aku baru tengok sampai episod 7.
watak ana dalam cerita ni seorang yang sangat mudah terpengaruh dengan emosi. tapi perempuan kan, memang makhluk emosi. apetah lagi cemburu. tak kisah la tinggi mana ilmu agama atau psikologi, perempuan tetap perempuan kan. kalau dah cemburu dan emosi, terus susah nak rasional. terus jadi skeptikal. haha tapi OF COURSE la tak semua macam ni. ish. tapi tulah, dalam cerita ni ana selalu tak nak dengar explaination dari orang. dia lagi suka buat assumption and percaya dengan apa yang dia nampak.
masa aku tengok KCB2 pun, bila dia sikit pun tak nak dengar explaination furqan tentang cane dia dapat hiv tu, aku jadi macam geram gak la. haha. bagi aku furqan memang tak patut pun, dah tau diri ada penyakit yang memudaratkan, tak nak bagitahu pun. sanggup lagi nak jugak kawen dengan ana. tak baik o. [laki memang gitu eh? kalau dia nak, mesti nak jugak? tak kisahla apa jadi lepas tu, yang penting dapatkan dulu. gitu ke? huhu] tapi si ana ni pulak, haruslah tahu hiv tak semestinya dapat dari satu cara je. kan hiv tersebar melalui darah. at least tanya la dulu, kalaupun kita memang tak suka orang tu pun. tak baik o tak bagi orang peluang untuk explain.
TAPI, macam tu lah. kalau dah bukan jodoh, bukan jugak. dan kalau dah jodoh, jodoh gak kan. dan itulah main focus ceritanya. jodoh ana dengan azzam. haih, dan sukalah macam mana pun orang tu, masalah rumah tangga mesti akan ada gak kan. dengan siapa2 pun. cemburu, curiga, salah faham, semua tu pasti ada. (and that's why iman kena kuat, kena tahu sabar and tanggungjawab).baiklah, saya terimalah fakta ni. haish~ haish tengok, gigih pulak aku membebel pasal KCB.
SAKIT JIWA SAKIT MENTAL
cakap2 pasal rumahtangga, huhu taknaklah kalau dapat suami sakit mental. wuwuwu takut okei! taknak kawenlah boleh x?? (saya ada penyakit, jangan buat bini!) HUHU baca berita lately, isteri kena bunuh dengan suami yang sakit mental, naik gila time sahur. pastu baru2 ni, anak 3 tahun free2 kena sembelih dengan ayah yang sakit mental jugak. waaa scarynye dunia sekarang. makin ramai dan ramai dan ramai orang yang ada penyakit jiwa sekarang. seberat2 ujian, mintaklah dijauhkan dari ujian sebegini. naudzubillah min dzalik~
lemahnya iman dan kurangnya ilmu agama dan amal, hidup tanpa bertuhan, hidup tanpa sensitiviti agama, hidup tanpa matlamat yang jelas, hidup berpandukan emosi semata, penyebab segala-galanya. ye ke?
PESANAN: anda2 yang ada penyakit jiwa, janganlah malas makan ubat ye~ huhu.
PENUTUP
so, macam dah tak ada idea nak tulis dah.and banyak lagi kerja2 yang aku busykan aku tak kesahkan kat sini. banyak lagi rasanya nak kisahkan sebenarnya. walaupun tak tahu adakah gerangan yang SANGGUP membaca. tapi, mata pun dah ngantuk balik ni. bangun kol 2 tadi, sekarang dah pukul 9.20. hurm. nak gi basuh baju. macam nak gi lab, tak tahulah kalau jadi ke tak. kalau2 mun tak larat ke penat berjalan dari semalam. oh btw, aku privatekan wall FB aku atas sebab2 tertentu. actually aku pun tak tahu sebab sebenar aku privatekan dari SEMUA orang. tapi buat masa ni, biarlah macam tu dulu. lagipon, orang still boleh komen lagi status aku yang terkeluar dekat home tu. hee
jaga diri, jaga iman selalu.
senyum sokmo.
wassalamualaikum wrb.
p/s: maafkan bahasa yang agak rojak, dan typo~ yang malas dah nak di-check. hehee
No comments:
Post a Comment