adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Tuesday, June 15, 2010

i don't know how to write!

assalamualaikum.

guh~ kenapa bila tulis blog boleh je laju?
tapi bila tulis untuk assignment tiba2 macam tak tahu?

everytime, bukak je Word terus blank.
terus jadi tak ada idea.
tiba2 kering.

[mungkin sebab lecturer ni seorang ustaz kot heh eheh]


tajuk: Tanggapan Masyarakat tentang Peranan Agama Islam di Dalam Kehidupan.

and aku kena tulis bab ibadah dalam agama Islam. sahaja.
apakah tanggapan masyarakat Malaysia?



solat ni membebankan ke?
atau benar2 mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar?

zakat ni bagi mereka, berkesan tak?
atau mereka rasa zakat kat malaysia ni corrupt ke?

apa, puasa ni bagi mereka
sekadar adat berlapar sehari dan berpesta makanan pada malamnya?
atau lebih dari itu?

nikah, itu ibadat kan? atau adat?
perlukah dicampurkan dengan unsur2 haram @ makruh,
hanya kerana ia sekali seumur hidup?

kita disuruh menutup aurat, atau memelihara aurat?
memakai tudung itu suruhan agama atau masyarakat?

haji/umrah itu memenuhi panggilan Allah,
atau sekadar menunjuk2, atau untuk pelancongan?
benarkah sesetengah pihak melihat ia sebagai medan bisnes semata?


jawab tikah, jawab.



Ya Allah berilah aku ilham untuk menulis dengan baik..
dan semoga bermanfaat untuk semua.. ameen~

No comments: