so 9hb mei haritu, tolong kerja kahwin.
pagi2 dah siap cantek2 kemas2 eceh.
pukul 10 sampai dewan A, sek 6.
aku perhati design and backdrop kenduri tu.
sangat2 simple.
itupun still habis beribu-ribu.
kalau buat cantek2 takleh ajak ramai2.
kalau ajak sikit orang nanti hadiah sikit jugak XP
oh mahalnya wat kenduri, takmau lah buat haha.
kuda betul~
pengantin pilih biru/turquoise and putih as theme colour.
dulu2 masa sekolah konon2 nak kaler ni
tapi sekarang tak minat dah.
hehe.
before start kerja, setiap petugas dapat rosette biru.
pin dia tumpul merosakkan tudung biru aku ehe.
seb baek ada kipas buat dari dua helai rm1 hoho
then petugas disuruh.. eh.. dijemput makan dulu.
yum yum ada beriyani gam lauk dia sedap2.
alhamdulillah sempat merasa beriyani gam yang sedap macam tu.
rugi tak tanya details catering tu hehe
pukul 11 tamu dah start datang.
aku bertugas kat meja catering.
tunggu setiap tamu selesai amek makanan,
pastu hulurkan goodies bag untuk dewasa,
and keropok twisties untuk kanak2.
tempat aku kerja tak ada kerusi,
queue tetamu pulak tak putus2,
memang takkan sempat duduk pun.
lagi2 lepas hujan,
tamu ramai2 datang sekaligus.
nak dekat 5 jam jugaklah aku berdiri,
hulur dan senyum maneess punya :P
memang naik kebas dah kaki,
terpaksa curik2 main lompat2 jap haha abaikan~
oh2 and cuba teka dapat jumpa siapa? *wink2*
hehe nur hidayah! kawan sekolah dulu.
masa form 5 dia dok sebelah.
sayangnya aku tak disempatkan untuk sapa dia betul2. huu
oh aku nampak abang farid and cousin dia jugak.
macam mana kenal?
saya stalk mereka.
haha takdelah, kebetulan just kenal muka gitu2 je.
mungkin kawan pengantin.
walaupun penat,
tapi bukan penat sorang2.
bila tengok orang lain yang kerja lagi berat masih boleh senyum,
aku pun rasa aku patut boleh jugak.
memang semua orang tak sangka akan sibuk macam ni.
tamu datang tak putus2, and lebih dari yang dijangka.
alhamdulillah murah rezeki =)
even budak penanggah pun (baru first time dengar)
kerja yang diberitahu kat dorang, kemas meja je,
tiba2 jadi kerja tambah lauk and basuh pinggan mangkuk.
semua gara2 pihak catering hantar 3 orang BUDAK PEREMPUAN SAHAJA.
alhamdulillah everything went well semalam.
goodies bag pun yang mula2 macam tak cukup,
magically cukup je.
tak tahulah kalau ada yang tak dapat jugak,
tapi kitorang dah cuba sedaya upaya supaya semua orang dapat.
hopefully =)
seronok tengok macam2 ragam orang,
dari satu sudut dewan tu,
and aku just perlu senyum je,
tak perlu salam2 and basa-basi dengan dorang.
sebab aku hanya petugas,
dan itu bukan majlis aku or sedara mara aku..
ahaha ish2 tak baik betul tikah ni.
pukul 4.30 aku dah nak flat dah.
dah bayang golek2 kat katil dah.
tapi tamu masih datang.
tak ramai tapi still sibuk.
sebab makanan dah sikit, and asek kena tambah je.
so aku kena ulang alik dapur pulak.
time ni pekerja sikit sebab take-turn untuk solat.
aku rasa budak2 penanggah tu tak sempat zuhur.
yelah kerja dorang lagila, tak putus2.
pinggan and cawan tak sempat basuh, orang dah mintak.
tak sempat urus yang itu, orang panggil ganti lauk pulak.
tak sempat tarik nafas betul2 pun agaknya.
em so aku fikir,
kalau buat kenduri nanti,
budak penanggah biar bahagi dua group.
setkan siap2, satu group solat pukul berapa, satu lagi pukul berapa.
boleh tak? hee
pukul 5 aku dah tak larat.
time orang kemas2 semua aku curik tulang oopps.
hehe taklah memang kerja aku dah habis.
kerja aku edar goodies bag tu je lah sebenarnya.
masa tu dah pening2, nak tolong kerja lain macam dah tak mampu.
so aku duduk (at last~~) and lelap jap dalam 3 minit.
senang je kan, kat mana2 je macam baby ahaks [perasan giler~]
sebenarnya acik2 yang bertugas ni
semua memang dah biasa tolong kerja kenduri.
semua ni jiran2 yang rapat and biasa kerja sama.
mostly kenal kat surau seksyen 6.
and memang selalu buat aktiviti2 kejiranan sama2.
mak adalah salah seorang.
masa mula2 kerja dengan dorang,
macam culture shock sekejap.
yelah, ada yang laser2 tu,
cakap semua macam nak gaduh.
aku pun macam asek wondering,
ish tak terasa ke acik B tu acik A cakap macam tu.
ish mak~ tak baik cakap kat acik F macam tu.
alamak acik G tu macam terasa je. ke tak?
ish tuan rumah ni bossy giler~
haha
tapi antara dorang2 lah.
aku kan muda lagi ahaha
buat2 macam anak baik,
duduk diam2 kat tepi buat kerja sendiri je hehe
apa yang aku kagum,
semalam bila kerja habis,
semua bersalaman and mintak maaf sesama sendiri,
minta maaf kalau ada tercuit lebih2,
kalau ada terkasar bahasa,
kalau ada terbossy ke,
kalau ada terguris siapa2..
and dorang semua dengan senyum lebar2,
"takdelah, kita semua kan faham dah masing2.
sama2 je semua kan. gaduh2 pun takkan lama.
tetap sayang."
sweet~
tuan rumah pun mintak maaf semua, and kata,
"maaflah kalau macam bossy sangat ke.."
"eish takdelah, faham laa.
kalau kenduri kitorang nanti
mesti kitorang pun macam tu"
sempoi~
yelah kalau kerja mesti semua orang pun akan stress,
kalau takleh jadi diri sendiri lagi stress,
kena jaga hati orang je..
tak gitu? hehe
tuan rumah cakap lagi,
"itu sebab saya tak bagi adik-beradik saya campur tangan.
jangan cakap dorang tak tolong ke apa,
memang saya yang tak bagi dorang tolong.
sebab korang dah biasa dengan kerja2 ni,
saya pun dah biasa kerja dengan korang semua.
dah kenal cara kerja masing2, faham perangai masing2.
kalau adik-beradik saya campur nanti jadi kacau.
sebab korang pun tak biasa kerja sama.
nanti kalau dorang mengarah awak semua pulak, lagi susah."
she's one very thoughtful person. admired. ^^
oh dia sempat pesan kat aku gak,
"terima kasih ye atikah tolong acik.
jangan serik tau. acik ada 3 orang lagi anak belum kahwin"
lol, yeah she's funny too X)
bahagia je rasa dapat tolong orang,
and dapat pengalaman baru.
hehe yer,
family saya tak pernah buat kenduri sendiri.
so what?
hee senyum sokmo ^_______^
wasalam
4 comments:
okei kita pasti yang ni awak geli myam!! hahaha
lps ckp gn awk, n then tros bc entry ni, bru terasa geli die..
haha sikit je... :p
ok la ni... mcm awk.. ^__~
haha biasalah kte kn.. even ckp gn mulut pon sasul2 tunggang langgang kn =P
da bc my blog?
Post a Comment