adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Tuesday, March 2, 2010

penantian: siapa dia pada aku?

aku pun tak tahu apa yang aku tunggu.
aku tak suka tunggu, tapi aku perlu tunggu.
dan buat orang lain pun menunggu sama.

banyak yang aku nak bagitahu sebenarnya,
tapi banyak yang aku rasa belum tiba masanya.

bila? tak tahulah.
hanya Dia yang Maha Tahu.

dan banyak jugak yang aku nak mintak.
tapi aku tahu aku tak ada apa-apa untuk membalas.

tapi aku tak mintak dia.
eh ke aku mintak?

bila duduk sorang-sorang,
muncul perasaan jahat.
prejudis,
sangsi,
tak suka.

tapi bila aku tanya dan dijawab,
muncul perasaan baik-baik.
mahu percaya,
seperti faham,
dan terpujuk.

..suka?

No comments: