adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Wednesday, March 17, 2010

gerimis

salam.

this will be a very brief entry. i hope =P

okkei, so ape cerita terbaru?

first time pegang protokol untuk event.
so sangat blur.
sangat tak yakin boleh buat.
sangat takut merosakkan majlis.

mak cakap aku ni jenis tak boleh bawak majlis sangat.
haa macam mana ni?

first time kena cari tahu pasal tentatif program
kena buat skrip teknikal/pentadbiran
kena buat teks MC
teks KP
teks perasmi
semua teks lah,
untuk siapa-siapa yang kena berucap.

ingat senang boleh copy-paste and alter2 je teks dari event lain,
tak semudah disangka rupanya.

tadi maghrib mula rasa nak nangis.

bukan sebab semua kerja ni je,
tapi memikirkan possibility untuk event ni berjaya
dengan beberapa masalah yang kitorang hadapi
hanya orang yang buat kerja dari awal yang faham.

bukan nak kata orang lain tak boleh faham
cuma kitorang pon tak sempat-sempat
nak memahamkan situasi sebenar pada semua.

tumis sayur kalau dah nak tutup api,
baru terfikir nak letak rencah udang,
sedikit mustahil di situ. ;)

so kitorang hanya mampu buat yang terbaik
dari diri yang tak seberapa ni.

tadi petang terponteng kelas,
sebab menguruskan invitation yang tergendala

mungkin tenaga aku tak sekuat yang lain,
aku rasa terlalu penat
malam plak ade perjumpaan spkg
sebelum tu masih berkejar betulkan skrip MC

mungkin first time pegang kerja macam ni,
ade sedikit culture shock.
salah aku sebelum ni selalu menolak kerja.

tambah dengan journal yang belum siap.
and presentation minggu depan..
tak sempat-sempat nak sentuh.

rasa nak nangis, tapi tak nangis.
hehe aku mesti kuat.
aku mesti bolehkan.
kalaupun tak boleh, at least dah usaha.

menahan emosi yang ada.
cuba untuk tersenyum.
sabar itu indah =)

cuma tadi malam aku sedikt tewas
bara tiba-tiba ditiup angin pantai
ternyala sikit.
mahu tak mahu.

alhamdulillah Allah Maha Penyayang,
dikirimkan gerimis beberapa ketika
bara pun tak mampu lagi wujud.

tapi mengalir air mata terharu.

sangat terharu bila kawan-kawan sekeliling,
cuba memahami dan selalu memberi kata-kata yang baik,
yang sokong kerja kita,
yang langsung tak mahu ada dendam dengan kita.
yang sudi menasihat bila kita salah.
yang sudi bagitahu bila kita tak tahu.

thanx for always.

aku selalu cakap,
sekali kau jadi kawan aku, selamanya kau kawan aku.
walaupun kau tak mahu lagi jadi kawan aku.
walaupun kau tak mahu beri aku tahu dendam apa kau ada untuk aku,
dan kelemahan atau kelebihan aku yang mana menyakitkan kau,
atau kawan aku yang mana tak kau senangkan.

apa-apa pun,
kawan-kawan semua.
aku mintak maaf atas segala salah faham dan sengketa,
yang pernah ada.

time will heal.
trust me.

p/s: mungkin sekarang bukan masa terbaik. bila cuaca dah reda sikit, bila keje sekolah aku kat sini dah abis, jika masih ada kesudian, kita sembang ok ;)

brief lah sangat! hambek kau :P
okeh mari sambung ke teks-teks ucapan. ganbatte-ne!

No comments: