aku selalu buat kerja mesti ambil masa yang lebih lama
daripada orang lain.
mungkin salah aku, tak pandai bekerja dengan baik.
dan,
mungkin salah aku tak pandai ekspres apa yang aku rasa.
mungkin salah aku tak pandai sampaikan apa yang aku tahu.
mungkin salah aku, ada benda yang patut aku buat aku tak buat.
mungkin salah aku, tak tahu cara yang betul untuk berkongsi, atau berbincang.
sesetengah orang, kerja-kerja yang rumit bagi dia mudah.
kerja-kerja yang memerlukan ketelitian itu boleh dibuat dengan cepat.
tapi bagi aku terlalu kompleks dan rumit.
sebab aku jenis yang lambat faham.
bila aku minat dengan sesuatu kerja,
aku akan cuba pastikan aku betul-betul faham,
dan nak pastikan maklumat yang aku dapat itu SAHIH.
so, aku akan ambil masa yang agak lama,
walaupun aku PATUT buat dalam masa yang cepat.
disebabkan ini aku tak sesuai dan
tak pandai kerja dalam kumpulan.
aku tak mahu tak mahu tak mahu.
tapi aku hidup bermasyarakat.
aku kena belajar terima ikut keperluan.
aku kena belajar untuk boleh!
tapi tak ada sesiapa sanggup tunggu orang lambat macam aku.
macam mana aku nak hadapi masa depan.
aku akan jumpa macam-macam lagi orang baru.
yang tak tahu cara aku bekerja.
yang tak biasa cara aku bekerja.
aku tak kata cara aku tak salah.
tapi aku tetap aku.
bukan aku tak cuba untuk laju.
sedangkan mak aku sendiri tak tahan tengok gerak kerja aku.
mak, yang dah hadap aku sejak lahir.
tak aku tak layak nak terkilan dengan siapa-siapa.
haih but can't help terkilan dengan diri sendiri,
again and again and again.
cuti aku tak buat apa selain satu kerja ni lah. dari celik mata sampai mata tak mampu nak bukak, ni lah. setiap hari ni lah yang aku hadap. sampai ada yang tanya, kerja lain dah buat? midsem dah ready? BLOM! BLOM! BLOM! mesti siapkan ni dulu. nanti effect orang lain!
tapi aku memang nak buat dan aku tak menyesal buat ini. aku rasa aku akan menangis lepas presentation, sebab aku tak ada keyakinan untuk present dengan baik.
*tensi tahap tak terkata. rasa loser pun ada.
astaghfirullah~~
No comments:
Post a Comment