assalamualaikum :)
baru je balik dari rumah popo kat pasir panjang, port dickson.
hurm hasrat hati nak berceloteh pasal raya cina tahun ni,
tapi disebabkan kerja titas yang mesti siap cepat-cepat
sebab kena present betul-betul lepas naik cuti ni, 22/2/10.
so tak jadi nak cerita pasal raya cina.
(sebab aku kalau cerita pasal event mesti ala-ala 1001 malam :P)
harini nak cerita pasal lagu paling paling favourite aku --> rahmat ujian! ^^
lagu ni first dgr kt blog myam yang lama.
siries terus jatuh hati.
pernah sekali masa aku kerja part time,
and i kinda having a very bad day,
so, aku dulu pape semua mesti nak ngadu kat myam.
pastu myam pun hanta voicemail lagu ni.
terus nangis haru masa tu.
*ehem voicemail sebab masa tu masing-masing pakai hanset tak ada kaler lagi :P
lirik lagu ni sangatlah direct and everyone boleh apply.
Dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu
bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
betulkan. time kita ada masalah semua,
kita mesti fikir kitalah yang paling tahu keadaan kita.
walau cuba bersabar, air mata kadang tetap berguguran.
tambah-tambah bila ada orang yang tak tahu cerita sebenar,
sibuk pulak cakap macam-macam menambah duri pada luka.
Segala takdir,terimalah dengan
hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
harus ada rasa bersyukur
disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatnya
part ni lah yang selalu buat aku menangis.
sebab bila susah aku selalu mengadu dan merungut pada manusia.
walhal sebenarnya aku lebih patut bersyukur.
aku selalu lupa.
Allah rindu,mendengarkan rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu.
bila kita sedih dan rasa alone,
sebenarnya Allah rindukan kita.
ada orang yang diberikan harta, kasih sayang dan bakat yang banyak,
sampai wujud rasa bangga dengan diri,
tapi masih sering rasa tak cukup, dan tak boleh kalau kurang.
mahu lebih dan lebih dan lagi.
sedangkan dia tidak sedar, dia sedang diuji dengan banyaknya nikmat.
ada orang pulak, segala-galanya dia dapat dengan jalan susah.
walau selalu berdoa minta diberi segala,
tetap tak dapat, sampai rasa mahu putus asa.
sedangkan dia tak sedar, dia sedang diuji dengan sikitnya nikmat.
sikit banyaknya nikmat yang kita rasa kita dapat,
semuanya adalah ujian.
mana tahu kalau kita dapat result elok kita tak jadi riak?
mana tahu kalau kita tak pandai bidang ni, rupanya kita lebih sesuai bidang tu?
mana kita tahu, kalau kita kaya kita tak jadi bengkek?
mana kita tahu, kalau kita miskin kita mungkin lebih tenang?
apa pun selalulah pegang ni,
Allah sentiasa yang paling tahu apa yang terbaik untuk kita.
Allah always knows what's best for us.
No comments:
Post a Comment