
salam.
baru je balik dari ptsl study benthic dengan mun.
best mun ajar, faham. thanx mun! ^^
on the way jalan balik kolej hujan mula turun.
so kena jalan laju-laju, nasib baik sempat sebelum lebat.
haha disebabkan nak kejar tak mahu basah,
tak jadi singgah kafe beli dinner.
sampai je bilik aku guling-guling online dulu before bukak notes benthic.
dalam notes ni ada pasal lantai laut (heheh.. ocean floor) and ada gambar.
setiap kali aku dengar pasal laut dalam, atau tengok dasar laut,
aku mesti nervous.
mesti aku akan bayangkan segala-gala yang menakutkan.
dalam hati mesti cakap "taakuut~".
sebenarnya laut itu SANGAT indah (sangat!),
laut adalah sesuatu yang sangat menakjubkan.
dan sangat powerfull.
subhanallah!

tapi bagi aku, laut juga adalah satu dunia yang sangat asing.
satu dunia yang sangat sangat alien.
dan aku takut pada benda yang aku tak tahu.
ya, aku orang yang sebegitu.. rupanya.
sejak aku jadi student sains laut,
aku selalu dapat mimpi yang menakutkan.
aku tengah menyelam,
dan laut itu sangat gelap,
dan ikan-ikan tak suka pada aku.
dan aku tak jumpa jalan pulang.
aku sendiri.
gelap.
sesat.
kelakar kan?
budak sains laut takut laut~
baru sekarang aku faham perasaan kawan-kawan aku,
yang takut balik kampung naik bas sebab takut accident.
aku mesti akan cakap, tak perlu takutlah.
kalau Allah dah kata kena langgar kereta,
duduk rumah pun boleh kena langgar.
benda kalau nak jadi, mesti akan jadi.
kita cuma ambil langkah berjaga-jaga, dan berdoa.
letakkan pergantungan hidup kita pada Allah.
kita yakin setiap yang Allah jadikan tiada yang sia-sia.
itulah namanya tawakal.
so, apa cerita dengan aku yang takut nak menyelam ni?
yang takut turun laut ni? *sigh*

oh2 btw, pagi tadi kelas bentik dr. azman tunjuk video. tentang kenapa dan macam mana dolphin terancam. dan apa yang manusia-manusia yang tak bertanggungjawab buat pada dolphin. dan siapa yang sedang berjuang memelihara spesies ini..
menarik, sangat menarik. dan manusia adalah makhluk yang paling kejam. tapi masih tanpa segan silu, boleh mengumpamakan kekejaman itu adalah sifat binatang. walhal, kejam dan zalim itu adalah sifat manusia, yang berakal tetapi tak mahu menggunakannya dengan baik.
rupanya terlalu banyak lagi isu dunia yang aku tak tahu. hatta dalam bidang aku sendiri pun. hyuu~ tengoklah kalau aku berkesempatan kaji lebih lanjut pasal dolphin kesayangan aku ni, insyaAllah aku tulis kat sini, ok?
yang penting, sekarang aku sedang nervous. hehe tapi ni bukan pasal laut :P
No comments:
Post a Comment