bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum,
beberapa hari ni aku kekang diri aku dari banyak naik katil. kerja yang bertimbun-timbun memaksa aku push diri aku dari sekarang. dengan cuaca panas yang melelahkan, aku gagahkan juga untuk melekat di kerusi dan meja ni untuk siapkan kerja. malangnye jaringukm ni makin lama makin lembab pulak. so aku rehatkan diri, dan pada 9:18 PM aku belek semula buku "Quran Saintifik" nukilan Dr. Danial Zainal Abidin. aku buka bab 94 tentang Solat dan Khusyuk. kenapa tergerak hati aku untuk menjenguk tajuk ini?
kadang kala apabila terlihat beberapa kawan aku yang selamber meninggalkan solat, macam-macam yang aku fikirkan. tentang bagaimana tergamak dia begitu, dan bagaimana boleh aku menegur supaya dia sedar akan azab yang berat di neraka nanti. namun, sebenarnya mungkin aku faham berada dalam keadaan begitu.
orang selalu kata hidup ini bagaikan roda. ada masa kita di atas, dan ada masa kita di bawah. dalam konteks aku, ada masanya iman aku menjulang tinggi di atas, dan ada kalanya imanku berada di tebing menunggu angin meniup jatuh ke gaung. jujur, aku juga ada masanya menjadi terlalu leka sehingga mengutamakan hal-hal lain daripada solat. aku menangguh solat sehingga ke hujung waktu. apa bezanya dengan orang yang meninggalkan solat? dalam bab 94 ni, ada menyebut pasal kesesatan kerana memperkecilkan solat. tentang golongan yang mensia-siakan solat.
Imam Said bin al-Musayyab berkata, "Mereka melaksanakan solat Zuhr dalam waktu Asr, solat Asr dalam waktu Maghrib, solat Maghrib dalam waktu Isya', solat Isya' ditangguhkan sehingga masuk waktu Subh dan solat Subh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama "ghay" di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik." Hal ini disebutkan di dalam al-Asas fit-Tafsir oleh Said Hawa.
dalam Surah Maryam ayat 59, "Maka datanglah selepas mereka pengganti yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan.."
Teringat aku pada seorang kawan baik aku. pernah sekali, masa aku tengah makan ikan bakar dengan Dayah dan Ana dia mesej. Dia bertanya macam mana caranya untuk khusyuk yang sebenar dalam solat. aku cuma jawab mengikut yang aku pernah dengar je selama aku hidup.
hurm, dalam buku ni ada cakap, kalau ikut Imam Ghazali, dalam Ihya Ulumuddin, khusyuk adalah "Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan,merasai kehebatan, harap dan malu."
Kehadiran hati = HATI tidak menerawang memikirkan perkara lain daripada SOLAT.
Pemahaman = memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat.
Pengagungan dan merasai kehebatan = berasa takut (taqwa) pada Allah berhubung keagungan dan kebesaran Allah.
Harap = mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dia-lah sahaja tempat pergantungan bagi manusia.
Malu = berasa MALU dengan ibadah yang dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.
aku, masih mahu hati yang tenang. aku tak mahu hati bunga-bunga tapi kerap ditusuk sakit yang sia-sia. aku masih mahu dakapan Illahi lebih dari segalanya. tapi aku masih tidak berbuat yang patut untuk perolehinya. sudah agak lama aku tak tenangkan hati ini, dan betul-betul menghayati ketenangan yang sebenarnya. aku terlalu terserap ke dalam keduniaan. lantaran suasana dan orang keliling yang begitu. agak lama aku tak refresh ilmu aku, dan mantapkan semula pemahaman. dah lama aku tak hayati semula ilmu-ilmu yang pernah aku dapat. dan hari ini, aku mengesan cebisan rindu di benak hati aku. rindu pada tarbiyyah islamiyyah.
semalam, kak sadiqah (bekas murobbiah aku) mesej aku. alhamdulillah ingat lagi dia pada aku, walaupun aku tinggalkan dia dan halaqah dengan cara yang drastik. pesanan dia macam ni:
"Antara punca hati mati ialah maksiat. Apabila kita melakukan maksiat, hati akan tumbuh bintik hitam, kepekaan kita berkurang, sensitiviti menjadi tumpul, tubuh menjadi berat untuk beribadah dan jiwa merasa jauh dengan Allah. Maka akan hilang kemanisan dalam beribadah."
terima kasih untuk peringatan.
*antara maksiat yang paling biasa adalah maksiat telinga dan mulut iaitu berkenaan mengumpat, mengata dan mendengar umpatan dan fitnah. juga maksiat mata, apabila kita memandang yang bukan hak kita. mohonlah selalu dilindungi dari maksiat.
Ya Allah, sedarkanlah hamba di saat hamba berbuat dosa sama ada sengaja atau tidak sengaja.
No comments:
Post a Comment