adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Tuesday, February 2, 2010

Allah suka orang yang kuat :)


assalamualaikum.

dah lama aku rasa aku tak post hadith-hadith or ayat quran kat sini.

dah lain kan aku. post-post aku pon dah makin beremosi. dah tak ada dah senyum sokmo atau jaga diri molek kat hujung kata.

well, aku masih belum dapat berhujah dengan ayat sendiri. mungkin disebabkan kurang membaca, ataupun membaca tanpa penghayatan. pemahaman tak cukup mendalam maka tak mampu untuk memahamkan orang lain. that's how it works right? ;)

hurm, atas sebab-sebab kerja yang makin banyak menunggu untuk diselesaikan, dan masalah-masalah peribadi yang mengganggu emosi sikit, so dah lama aku tak cari bahan bacaan untuk bagi makan jiwa aku ni, bagi tak kosong.

beberapa hari ni aku rasa agak kosong. dengan hampir semua orang-orang terdekat aku sedang mengalami krisis hidup masing-masing, so aku rasa agak sunyi. hari ini aku bangun pagi dengan perasaan tawar hebe.

nasib baik kelas hari ni 2 jam je disebabkan kelas tgh hari dan lab ikan tak ada minggu ni. maka aku selinapkan sikit kesempatan untuk aku bukak iluvislam.com and baca artikel-artikel dia yang selalu mengingatkan aku balik pasal ajaran islam yang sebenar.

aku harap aku tak tergelincir jauh, dan terpengaruh dengan gaya hidup yang tak sepatutnya. imej aku dah berubah, kalau siapa kenal aku masa matrik dulu. aku dah kurang menjaga. dah jadi macam tak reti dan macam tak pernah faham banyak benda pulak. manusia memang pelupa kan?

aku malu bila orang pandang baik pada aku, pandang elok pada aku, sedangkan aku jauh daripada semua itu. aku sama je macam orang lain, ada kelemahan yang ketara gak. aku masih perlukan orang sudi menegur aku bila nampak ada benda yang salah dari aku. yang kurang manis dan molek dari aku.



Ya Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat,
aku memohon dengan sangat,

lindungilah mataku dari melihat yang bukan hak aku.
tutupkanlah mataku dari terlihat perka-perkara yang tak sepatutnya.

lindungilah mulutku dari berkata-kata yang buruk.
bisukanlah mulutku dari berkata-kata yang sia-sia.

lindungilah telingaku dari mendengar perkara yang melalaikan.
tulikanlah telingaku dari segala umpatan dan fitnah.

lindungilah kakiku agar selalu melangkah ke tempat-tempat yang baik.
tetapkanlah kakiku pada jalanMu agar aku tak jejak ke jalan maksiat.

berilah aku ketabahan supaya dapat aku pelihara sekelumit iman yang ada ini.

dan kuatkanlah bentengku supaya tidak aku tertunduk pada nafsu.


berilah inayah dan hidayahMu Ya Allah,

Yang tidak pernah merasa sempit dengan permintaan hambaNya.


"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan."

"Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”

[Riwayat Muslim]

No comments: