adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Saturday, January 23, 2010

maaf tinggal maaf?

tak, aku tak boleh tewas.
seharian berlawan dengan diri.
hati sudah mahu lembut.
hati dah jadi macam tak sampai.
rasa mahu tarik balik semua kata.

tapi tak boleh.
aku dah lembut hati banyak kali.
aku dah cuba berlapang dada banyak kali.
banyak kali.

aku cair setiap kali perkataan maaf diberi.
tanpa syarat aku lepaskan semua salah.
dan di setiap kali itu semuanya masih belum selesai.
aku belum pernah nampak kesungguhan untuk diselesaikan.
maaf hanya tinggal maaf.

kadang-kadang kemaafan tak boleh dibeli hanya dengan kata-kata.

aku sudah penat tunggu.
tapi aku tak mahu mengalah.
aku dah mengalah banyak kali.

aku banyak kali fikir.
"ah apalah ada pada barang dunia,
berbanding kawan seorang?"

there's a lesson i wanna teach u.
sekarang baru dengan aku.
dunia kau akan luas lagi.
hidup kau mungkin panjang lagi.

sebagaimana aku perlu belajar,
kau juga perlu belajar.

tentang
kejujuran
tanggungjawab
dan amanah

bukan pada pandangan mata orang ramai
dan orang penting sahaja,
tetapi pada kawan kau yang paling picisan sekalipun.

kau perlu tahu apa yang dipinjam perlu dipulang.
utamakan barang yang dipinjam, baru barang sendiri.
sebab itu amanah.
ada harga yang perlu kau bayar untuk sikap sambil lewa kau.
kalau bukan pada aku, pada orang lain.

aku tak kata aku lebih baik, mahupun sempurna.
cuma aku rasa aku perlu buat begini.

DON'T EVER TAKE THINGS FOR GRANTED.
peringatan untuk diri sendiri juga.

p/s: kalau ada yang mahu sumbang nasihat pada aku, tolonglah sumbang. aku masih buntu. terima kasih.

3 comments:

Lumut Pagi said...

Salam...

Mencari tahu sesuatu itu adalah perlu. Menjadi sabar itu adalah perlu dan menjadi sesuatu pada seseorang pada waktu tertentu adalah lebih perlu. Kamu adalah sesuatu yang membawa sesuatu dan memeberi sesuatu pada seseorang. Percayalah; Allah itu tidak pernah sinis dengan hambaNYA..

**Tak faham tnya akak..:)

Lumut Pagi said...

Salam...

Mencari tahu sesuatu itu adalah perlu. Menjadi sabar itu adalah perlu dan menjadi sesuatu pada seseorang pada waktu tertentu adalah lebih perlu. Kamu adalah sesuatu yang membawa sesuatu dan memeberi sesuatu pada seseorang. Percayalah; Allah itu tidak pernah sinis dengan hambaNYA..

**Tak faham tnya akak..:)

ka said...

wasalam.

thanx kak, atas peringatan. sangat perlukan kata-kata dari orang, dan motivasi. terima kasih sekali lagi. :)