adakah masih ada rasa malu?

drp Umran bin Husain ra, Rasullulah telah bersabda
'malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yg baik'
(riwayat bukhari)

Friday, December 25, 2009

Ubat Hati

Semakin jauh..
Semakin jauh..
Semakin jauh..
Semakin jauh..
Semakin jauh..

Aku tak mahu jauh denganMu ya Allah.
tapi lifestyle yang aku ikut kini tak membawaku semakin dekat.
Terjebak dengan cerita-cerita anak muda-mudi.
Jarang sudah aku baca tentang Islam.
Makin jauh orang-orang soleh solehah dari harianku.
jarang sekali aku terkesan dengan kata-kata nasihat dan keinsafan.
Naudzubillah~

Ubat hati, ada lima perkaranya:

pertama) baca al-Quran dengan terjemahannya.
kedua) Solat malam.
ketiga) Berkumpul dengan orang-orang soleh.
keempat) Perbanyakkan berpuasa
kelima) Memperpanjangkan zikir.

Al-Quran itu terkandung petunjuk-petunjuk yang jelas dari Allah.
Ia juga terkandung pujukan dan ayat-ayat cinta dari Allah.

"Akan Kami tunjukkan mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka al-Quran itu benar." (Fussilat: 53)

cuma.. Orang yang ingkar kepada Allah selalu mendahulukan alasan dari kebenaran.. Naudzubillah min Dzalik..

---
sebenarnya bangun malam untuk tahajjud, untuk bermunajat, untuk berdating dengan Pencipta kita Yang Satu tu sangat diperlukan kita.

Ya, kita yang perlukan Dia. Bukan Dia perlukan kita. Kuasa dan Zat Allah sikit pun tak berkurang tanpa kita. Tapi kita perlukan Allah lebih dari kita perlukan mak ayah kawan kekasih. Biar kita menangis kerana dosa-dosa kita tak kira yang sedar atau tidak, yang tersembunyi atau tidak. Jangan kita menangis kerana perkara yang tidak pasti kekalnya dan tidak jelas nilainya di sisi Allah. Bila lagi masanya untuk kita membalas CINTA Allah? Astaghfirullah, aku tau aku pon berkata-kata tak selari dengan amal.

Kejadian kelmarin buat aku tersedar. Dalam hubungan dengan manusia dan perkara duniawi, kalaupun kita tidak ditinggalkan mereka, JIKA takdir memaksa perpisahan dan meninggalkan kita tanpa apa-apa dan siapa-siapa, memang kita tak akan ada apa-apa dan siapa-siapa melainkan Allah. Jadi jangan sekali kita berpaling dari peringatan Allah demi mana-mana manusia ataupun nikmat dunia yang sementara. Think hard.

---
Tahu kenapa berkumpul dengan orang soleh tu boleh mengubati hati?
Dulu aku pun tertanya. Orang kata kawan yang baik adalah kawan yang apabila melihatnya kita mengingati Allah, kata-katanya itu mengingatkan kita pada ayat-ayat Allah, dan apabila kita bersamanya kita mengingati mati. Faham tak ayat ni?

Dari pemahaman aku yang dhaif ni, kalau kita tahu menilai apa yang lebih bernilai dari yang bernilai itu adalah penilaian Allah kita akan memilih kawan yang mendekatkan kita dengan Allah. Yang setiap bait-bait katanya itu tidak melalaikan kita dengan dunia. Allah sukakan orang yang tenang, dan melihat orang soleh boleh memberikan ketenangan. Tak risau masalah bukan-bukan. Tak bincang perkara sia-sia.

---
Nafsu adalah makhluk Allah yang paling liat dan degil sekali. Diazab di neraka hingga 3 kali pun masih degil. Berpuasa dapat melatih kita melawan nafsu. Nafsu makan, nafsu berkata-kata yang buruk, nafsu melihat yang bukan hak kita, nafsu melakukan perkara yang melalaikan kita, nafsu memikirkan perkara-perkara buruk. Yang penting pastikan puasa kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Sia-sia. Naudzubillah.

---
Akhir sekali zikir. Aku pernah dengar satu hadis Nabi yang mengatakan, beza antara orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir bagaikan orang yang hidup dengan orang yang mati.

Kita aplikasikan pada cinta kita pada manusia. Katalah kamu sayang sangat seseorang. Kamu selalu kisah, selalu peduli, selalu ingat, selalu sebut-sebut dia. Kamu suka dan sayang pada dia. Kebetulan ada juga yang mengaku sangat suka dan sayang pada dia. Tapi orang tu tak nampak bersungguh. Jarang sekali dia kisah, jarang sekali dia sebut-sebut. Atau kalaupun orang itu buat seperti kamu, orang itu buat begitu juga pada orang lain. PASTI kamu akan merasa kamu lebih layak mendapat perhatian dia bukan?

---
Dunia memang seronok, memang indah. Tapi kita perlu sedar syurga itu lebih indah. Mustahil mudah untuk mendapatkan indah itu hanya dengan tidak berbuat jahat dan hanya berbekalkan niat-niat yang baik tetapi masih belum meninggalkan dosa-dosa walaupun dosa kecil.

Ketahuilah kalaupun kita dijanjikan syurga, kita tetap perlu melalui pembalasan atas dosa-dosa kita walaupun sebesar zarah, sebelum kita menuju ke pintu jannah itu. Sehari di akhirat tidak sama sehari di dunia. Dan azab neraka amat pedih! sedangkan demam di dunia saja sudah rebah tak bermaya inikan pula api neraka. JANGAN HIDUP DALAM ANGAN-ANGAN.

"Maka adakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu main-main (tanpa tujuan) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (al-Mukminun:115)

p/s: mostly yang aku tulis sebenarnya tuju lebih pada diri sendiri. Aku rasa macam aku dah jatuh gaung. Kadang-kadang cuba mendaki. Kadang-kadang terlupa sedang mendaki dan sedar-sedar kaki dah melangkah turun semula. Kadang-kadang pula aku cuma berjalan tanpa arah yang jelas. Aku kata mahu mendaki, tapi aku pilih untuk berjalan di tanah rata. Astaghfirullah. Kenapa aku lemah?

No comments: